Monday 22 February 2016

Vietnam Part 1 - Bến Thành Night Market

Perjalanan kami dari Phnom Penh ke Ho Chi Minh City tersasar dari yang dijadualkan. Diikutkan kami sepatutnya tiba di Ho Chi Minh sekitar pukul 2 petang. Disebabkan kelewatan procedure di sempadan Cambodia-Vietnam, masa sekurang-kurangya 3 jam dibazirkan begitu sahaja. Sebab utama? Rasuah. Kalau ada yang hulur extra duit dekat pegawai imigresen tu, cepat la dia proses passport. Aku nampak dengan dua mata aku sendiri. Ramai yang seluk poket, selit duit dekat passport sebelum hulur dekat pegawai imigresen. Aku serius bengang gila. Malah dekat bahagian scan bagasi tu pun pegawai dia main handset je. Aku pun apa lagi, tak masukkan beg pun dalam mesin scanner tu. terus je blah dari situ.

Kami tiba di Ho Chi Minh City pada pukul 5 petang. Tak boleh nak buat apa sangat dalam keadaan tengah lapar, penat dan moody. Lepas check-in semua, kami menuju ke Ben Thanh Market. Disebabkan tersalah lalu jalan belakang, perjalanan jalan kaki 15 minit jadi 30 minit. Nasib baik jumpa juga. Ada satu jalan berdekatan Ben Thanh Market yang penuh dengan restoren2 halal.

mee sarang burung warung 1 malaysia ho chin minh city saigon vietnam halal
Mee Sarang Burung di Warung 1Malaysia

ben thanh night market ho chi minh city hcm saigon vietnam ben thanh pasar malam


Lepas kenyang, kami cuci mata dan membeli-belah di Ben Thanh Night Market. Pasar malam dia tak besar pun. Tapi nak habis berjalan tu punya la lama. Kita tak tawar menawar pun dia dah tarik masuk kedai. Ada sekali tu, kitorang tak cakap apa2 pun, peniaga tu beria-ria turunkan harga. Aku tak ada niat nak shopping mana pun tapi mana2 yang murah kat vietnam aku beli bawa balik. Dapat la beli beg ciplak Deuter satu dengan harga RM25. Dah jadi harta adik aku la pulak beg tu.



Tips!
  • Ada sesetengah gerai yang nak berjual beli dengan Ringgit Malaysia. Harga dia dalam RM kadang2 jauh lagi murah dari harga dalam Vietnam Dong
  • Bandingkan harga dengan harga biasa di Malaysia kalau korang nak membeli belah dalam kuantiti yang sikit (bukan borong) kalau harga lebih kurang kat Malaysia, baik beli kat Malaysia. Buat penuh luggage je.
  • Gunakan perkhidmatan teksi Vinasun. Reliable dan menggunakan meter.

No comments:

Post a Comment

Web Analytics