About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Monday, 25 January 2016

Phnom Penh, Cambodia - Part 3

sambungan daripada Part 2


grand royal palace phnom penh cambodia silver pagoda

Dah kenyang isi perut untuk makan tengahari di Restoren The Gulai, kitorang ke Phnom Penh's Royal Palace. bayaran masuk tempat ni paling mahal antara yang kitorang pergi di Phnom Penh iaitu USD 6.25. Kitorang antara pelancong pertama selepas rehat tengahari istana ni. Dapat la aku ambil gambar tanpa ada banyak pelancong. Tapi sayang masa kitorang melawat istana ni, ada banyak tempat yang tak dibenarkan masuk. Ada juga di sesetengah bangunan yang tak berapa terjaga dan tak diurus dengan baik. Bak kata Iqa "Nampak sangat rajanya takde kuasa"

Dekat Phnom Penh ni la kulit aku kena sunburn yang teruk. Penat2 aku putihkan muka setahun duduk Jerman, sehari di Phnom Penh terus gelap terbakar muka. Aku tak ready pun krim sunblock sebab aku ingatkan kulit asian aku ni boleh tahan la panas Phnom Penh sebab Malaysia pun panas juga. Sungguh aku silap. I've never been so wrong. So nasihat aku pakai topi, topeng mulut dan sapu krim sunblock.

Dekat Phnom Penh ni, kitorang tak melawat Wat Phnom sebab dah puas tengok Angkor Wat. Hahaha. Kitorang balik semula ke hotel untuk rehat lepas berjalan2 dalam Royal Palace ni. Petang tu, dalam hujan lebat dengan berTuktuk, kitorang ke Central Market dan makan malam sekali lagi di The Gulai. Selepas makan malam, kitorang suruh driver Tuktuk kitorang bawa kitorang jalan2 tanpa arah tuju untuk melihat suasana malam di Phnom Penh.





Dan keesokan harinya, kitorang bergerak ke Ho Chin Minh dengan menaiki bas.



Tips!

  • Pakai krim sunblock dan topi untuk lindungi muka korang dari terkena sunburn.
  • Asap kenderaan dan habuk2 jalan sangat banyak, pakai topeng muka jika ada.
  • Royal Palace - USD 6.25
  • Sebelum melawat Royal Palace, pastikan masa melawat korang tak bertembung dengan waktu rehat tengah hari diorang.
  • Minum air banyak2!

Monday, 18 January 2016

Phnom Penh, Cambodia - Part 2

Sambungan dari Part 1

Selepas sarapan, kitorang check-in di Hotel Zing yang berdekatan dengan Central Market Phnom Penh. Dari hotel ni nak ke Central Market boleh jalan kaki lima minit je. Hotel ni okay sangat tapi sayang kawasan sekeliling dia agak kotor.

 choeung ek killing field phnom penh cambodia

Lepas check-in hostel, kitorang bergerak ke Choeung Ek Killing Field. Bayaran masuk adalah USD 6. Tempat ni agak seram sebenarnya walaupun kitorang melawat masa matahari tegak atas kepala. Kawasan ni senyap semacam. Padang ni merupakan tapak penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai regime Khmer Rouge. Segala tulang2 mangsa Khmer Rouge ni dikumpulkan di dalam satu binaan tugu yang mula2 kitorang nampak masa sampai kat tempat ni. aku tak masuk la dalam tugu tu sebab malas nak buka kasut tapi kawanku Iqa kata bau colok kuat. Even kadang ad lagi serpihan baju2 dekat tanah bila korang jalan2 dekat kawasan ni. Bila kitorang baca sejarah setiap tempat dan pokok yang ada kat tempat ni, memang tak boleh bayang betapa dasyatnya seksaan yang mangsa2 ni terpaksa lalui.

Tuol sleng genocide museum phnom penh cambodia

Kemudian kitorang bergerak ke Tuol Sleng Genocide Museum. Masuk museum ni untuk ahli pendidikan i.e Pelajar, pensyarah, researcher adalah free, jadi bawa la student card korang. Museum ni ada kaitan dengan Killing field. Dari yang aku faham, penyeksaan Khmer Rouge ni ada dua fasa.. fasa pertama penyeksaan adalah kat bangunan bekas sekolah di Tuol Sleng ni. Fasa terakhir yang memang muktamad end result dia mati adalah bila mangsa2 ni dibawa ke Killing Field. Gambar tak dibenarkan ambil kat museum ni, jadi ada satu je gambar yang aku sempat curi2 ambil.

the gulai halal restaurant phnom penh cambodia malaysian food cuisine

Sepanjang di Phnom Penh, kami makan tengahari dan makan malam di restoren halal, The Gulai, restoren ni menyediakan masakan Malaysia yang mana untuk makan tengahari kitorang pilih untuk makan All-You-Can-Eat-Buffet. Kenyang oi! Untuk makan malam, kitorang makan Ala carte. Harga berpatutan dan makanan pun sedap.

Tips!

  • Choeung Ek Killing Field - USD 6 bersama Audio guide
  • Tuol Sleng Genocide Museum - USD 3, percuma untuk student (perlu ada student card sebagai bukti)





bersambung ke part 3 pula...

Monday, 11 January 2016

Phnom Penh, Cambodia - Part 1

Dari Siem Reap ke Phnom Penh, kami menaiki Sleeping Bus/Coach. Nama bas tu memang kena sungguh sebab bas merupakan bas tengah malam dan menggunakan konsep katil berbanding kerusi biasa. Perjalanan kami bermula dari jam 10 malam dan tiba di Phnom Penh pada jam 4.30 pagi. Jimat hotel semalam. Aku lupa dah berapa harga dia tapi service dia okay la. Attendant dia bagi wet towel dan mineral water dan dekat setiap katil ada bantal dan selimut. Malah tandas dalam bas tu pun elok je. Katil pula ada dua jenis, bawah atau atas, berdua atau single. Slack satu je la, tengah2 malam dalam perjalanan tu, driver tu tutup aircond la pulak. mat saleh sebelah aku dah selamat buka baju.

sleeping bus coach siem reap to phnom penh cambodia midnight bus coach bed

Guide kitorang bawa ke masjid lewat juga la.. Sipi2 je solat subuh tu. Masjid kat Phnom Penh ni besar dan cantik. Aku tak tahu la macam mana keadaan tempat solat lelaki dia, tapi tempat solat perempuan dia berhabuk dan kurang terjaga. Tandas tak berapa nak bersih dan telekung2 wakaf dilonggok-longgok. Alhamdulillah ada juga tempat untuk kitorang solat dengan mudah.

grand big mosque phnom penh cambodia masjid kemboja

Sebelum sarapan di sebuah restoren yang mennyajikan makanan Malaysia (restoren tak buka lagi), kitorang ke dataran lapang berhadapan Royal Palace. Kat dataran tu ada banyak burung merpati. Makanan merpati banyak dijual malah ada yang menawarkan khidmat ambil gambar. Memandangkan aku sendiri ada bawa DSLR, maka khidmat ambil gambar tu tak perlu.

royal palace phnom penh cambodia pigeon feeding

Jualan makanan merpati ni aku sarankan korang tengok dulu harga dia. kitorang mula2 beli dengan seorang makcik ni dengan harga USD 1 sepeket kecil. Lepas beli tu, datang la seorang budak laki yang tawarkan harga USD 1 untuk 5 peket. Sebab kesian dengan adik tu, kitorang beli lagi. Kemudian datang la seorang adik perempuan bertopi biru dengan harga USD 1 untuk 7 peket. kitorang malas dah nak beli sebab dah banyak bagi makanan kat merpati tu tapi adik ni tak putus asa. Dia ikut kitorang macam gula-gula getah melekat kat dinding, sampaikan kitorang dah naik tuktuk pun, dia masih berusaha nak jual kat kitorang makanan merpati.

Tips!

  • Ambil bas tengah malam untuk jimat penginapan hostel/hotel
  • Observe harga untuk beli makanan burung sebelum beli. Boleh dapat semurah USD 1 untuk 7 peket kecil kacang.
  • Dapatkan khidmat Tuktuk sehari. mudah untuk bergerak kesana sini ikut suka hati




panjang sangat nak cerita. aku sambung kat part 2 pula.

Monday, 4 January 2016

Hello, 2016!

dah 4 Januari baru la aku sibuk nak berhello2 2016. Aku travel new year ni. So nak wish new year kat blog payah sikit.

Aku perasan ramai yang buat #2015bestnine. So aku pun nak buat juga. Here are my 2015 Best Nine for my private and travel Instagram

My private Instagram


My travel Instagram @nadtravellerina


Best wishes from me to you. May 2016 treats you well.
Web Analytics