About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Saturday, 4 July 2015

Cara Masak Nasi untuk Newbie

Kenapa tiba2 je update blog pasal cara masak nasi? Takkan masak nasi pun tak reti..

nasi panas kicap telur sardin
lauk nasi paling sedap kat dunia bila tengah lapar
Ok. Post ni untuk tak mengecewakan warga2 Netizen yang landing kat blog aku sebab google sukatan masak nasi dan cara masak nasi. Aku belajar masak nasi pun lambat juga. Umur 14 belajar masak nasi guna periuk nasi. Tu takde susah mana, masuk beras dengan sukatan air, tekan butang ON, biarkan nasi tu masak sendiri. Kalau tanak nasi atas dapur api/gas/induction, yang ni aku belajar masa umur 21. Yeah, lambat tu sebab aku bawa periuk nasi dari Malaysia mai Jerman. Takde nak bother masak nasi atas dapur.

Sukatan Air Masak Nasi

Dulu mak aku ajar guna sukatan kat periuk nasi, tapi aku lupa dah sebab family aku style suka nasi lembik sikit dan aku tak, Jadi sekarang aku sukat air guna jari telunjuk LOL, sekarang aku masak nasi ayah aku kata nasi aku keras, Tak de keras la abah.

sukatan air masak nasi, tanak pulut
Ignore paras air masak pulut tu. Gambar recycle amik kat sini

Kalau nak masak nasi yang special2 guna beras basmati pulak, contoh la masak nasi lemak, nasi tomato atau nasi ayam, sukatan cecair untuk masak nasi tu lain pulak. Menurut kawanku Afiqah, sukatan nasi2 special ni adalah :
1 cawan Beras => 1,5 cawan cecair
cecair ni bergantung kepada nasi apa yang nak dimasak la. Kalau nasi lemak guna santan+air, kalau nasi tomato guna tomato puree pulak. Tapi kot malas sangat nak masak nasi tomato style Melayu boleh la tiru style senang teramat macam kat video ni :


Cara Tanak Nasi

Tak payah ajar kot cara masak nasi guna rice cooker. Senang sangat. Kalau tanak nasi atas stove camni pulak :

  1. Basuh nasi 3 kali. Selawat sikit sambil2 tu.
  2. Isi air masak ikut sukatan nasi
  3. Mula2 masak nasi atas api Medium. Jangan tutup periuk tu. Biarkan sampai air mendidih.
  4. Bila air dah kering, tukar api Low dan tutup periuk. Biarkan dalam 10 Minit. 
  5. Lepas 10 minit, tutup api dan hidang. 
Step 2

Step 3 : Air mula meruap

Step 4 : Air dah kering. Masa untuk tutup periuk



Harap2 yang landing kat post ni nanti, boleh masak nasi dengan cemerlangnya.




p/s : oh damn, aku dah start dengar lagu raya...
Web Analytics