About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Monday, 10 November 2014

Foods for Thought

Sebenarnya aku dah lama terfikir pasal ni. Tambah pula tajuk usrah mingguan macam kena je tiap2 kali. Lagi2 banyak pula isu2 hot kat Malaysia sekarang ni bermula dengan Oktoberfest ke Kempen I Want To Touch A Dog hingga la yang terbaru pasal Halloween. Lepas tu orang yang rajin dok kasi video2 kat aku ni macam tahu je apa aku tengah fikir. Benda ni random la bagi aku.


Sengaja membina “Loophole” dalam hukum

“Islam itu mudah” Selalu je kita orang dok cakap sana sini bila nak menguatkan hujah. Mudah yang macam mana orang pandang. Aku ada baca komen2 orang dekat blog Cursing Malay yang menceritakan tentang konsep ni. Ada yang kata pada dia kata2 tu bermaksud islam tu mudah sebab islam tu ada penyelesaian untuk setiap perkara. Ada yang kata islam tu hanya mudah bila kita terapkan nilai2 islam dalam diri. Tak ada yang salah atau yang betul.

Yang jadi masalah adalah bila islam tu digunakan untuk memudahkan diri. Mungkin atas faktor yang sama banyak la hadis2 palsu yang wujud dalam kalangan orang2 melayu ni. Contoh paling popular : Isteri pertama dapat payung emas bila benarkan suami berpoligami. Teringat masa tingkatan lima dulu masa belajar topik Munakahat. Memang budak laki asyik sebut2 je hadis palsu tu. Sebab dulu tak tahu, ramai la yang percaya. Sama juga macam isu sentuh anjing tu, sebab mazhab syafie kata haram sentuh anjing tanpa sebab kukuh, mereka2 yang dah tersentuh terpeluk tercium seronok2 ni berlari guna pendapat mazhab lain nak kata yang apa yang diorang buat ni salah. Pasal rokok pun sama, ada yang kata rokok tak haram sebab dalam Qur’an tak ada sebut macam Qur’an haramkan Arak dan daging khinzir. Bila Ustaz A kata haram, dia kata Ustaz A kuno, asyik tak boleh je. Lepas tu dia tanya pulak Ustaz B. Bila Ustaz B kata makruh dia pun kata “Aku ikut Ustaz B”. (Plot Twist – Ustaz B pun merokok. Ceh!). Lagi kelakar bila orang2 macam bila diberi hujah agama, ayat Al-Qur’an hadis semua tentang kenapa tak tutup aurat, dia kata jangan sibuk, tu antara dia dan  tuhan.

Tak! Aku tak rendahkan pun orang yang tak tutup aurat. Tu dah macam pemikiran zaman sekolah rendah je – tak nak kawan dengan orang yang tak pakai tudung. Aku ada kenal seseorang yang lebih baik daripada aku walaupun dia tak tutup aurat. Dia rajin solat sunat, tak pernah lupa ingatkan orang lain untuk ingat orang, juga baik sangat sampai tahap aku malu dengan diri aku bila aku dengan dia. Ok, ni dah menyimpang dari point utama aku.

Kesimpulannya, apa yang aku cuba nak persoalkan adalah kenapa kita nak cari lubang2 dalam peraturan2 Islam untuk membolehkan kita buat sesuatu supaya tak nampak macam dosa sangat?



Dahagakan penghargaan daripada orang bukan Islam


Nak bagi pembuka kata pun dah tak syok sebab tajuk dah kasi point penting. Tapi nak kasi juga!Aku rasa sejak peristiwa 9/11 dulu, imej islam yang dulunya orang tak kisah sangat tiba2 jadi penyedap setiap berita dalam arus media utama (baca: mainstream media). Berita apa2 pun, bubuh la nama Islam mesti jadi bualan sana-sini. Disebabkan apa yang berlaku ni la, aku rasa orang islam macam dah lali je dengan islamophobia dan bila orang kata kita pengganas. Dan bila ada non-muslim puji or faham dengan apa yang islam ajarkan, kita akan rasa happy giler sebab jarang nak jumpa orang macam ni sekarang. Sebab tu ada sesetengah diantara kita yang semacam ketagih nakkan pujian non-muslim ni.

Contoh la ada orang bukan islam ajak si A tengok wayang tapi wayang tu kebetulan mula pukul 5.15 pm yang mana time tu waktu Asar. Pastu A decide nak solat lepas tengok wayang. Situasi yang sama, B diajak untuk tengok wayang juga. B pun kata la dia nak masuk lambat sebab nak solat dulu. Kawan yang mengajak ni tadi pun kata la nak tunggu biar masuk sama2 tapi ada sorang tu tak puas hati dengan B. Pastu dia pun cerita yang ada kawan dia nama A, islam juga tapi cool dan flexible tak macam B. Nak jadi cerita tetiba je pasal ni famous. Pastu ramai la yang islam komen menyokong yang tindakan A yang tak menyusahkan orang lain, pakat2 komen kata A ni tunjuk kat orang yang islam tu mudah.

OK. Cuba fikir balik, kalau la kita diberi peluang untuk komen, apa yang kita akan komen? Sokong A dan kutuk B? Atau sebaliknya? Diorang dua2 masih lagi solat. Cuma B buat seperti yang afdal – solat di awal waktu. Aku rasa tak perlu untuk raih penghargaan secara berlebihan dengan cara sukakan hati orang bukan islam sambil ketepikan/remehkan ajaran islam. Kita eager nak sampaikan mesej islam, tapi sayang cara kita salah. We should pleased Allah more than His creation. Main priority kot.

Kesimpulannya, kenapa kita beria-ria sangat?

Saturday, 8 November 2014

Oh, Kanta Sentuh rupanya!

Hari tu dh cerita pasal first appointment kanta sentuh. Sekarang nak cerita pasal appointment kedua dan ketiga plak. Sebab appointment tak lama sangat macam yang pertama tu, so aku combine je la post cerita ni sekali.

Haaa....
Appointment kedua ni lebih kepada appoinment untuk pemantauan sebab aku disuruh datang dengan contact lens terletak kat mata aku. Tak lama pun, lebih kurang 15 minit je rasanya. Appointment ni terlewat selama 15 minit dari waktu asal sebab Optician tu ada emergency appointment.  Jadi, instead of mula pukul 3.30 pm, aku kena tunggu sampai 3.45 pm. Awal2 tu dia tanya aku apa pengalaman dan masalah dalam seminggu percubaan pakai contact lens. Sadly sebab aku banyak buat kerja depan PC, so mata aku cepat kering. Lepas tu dia hulur kat aku eye moisturizer yg sesuai untuk pemakai contact lens. Aku ada je bawa Eye Mo dari Malaysia tapi aku ragu2 sama ada yang tu sesuai atau tak pakai dengan contact lens, so aku tak pakai la Eye Mo tu. Eye moisturizer yang dia bagi tu likat sikit, so masa awal2 titik kat mata tu, kena la kelip mata dua tiga kali macam awek perasan cun supaya tak blur. Lepas tu, dia check lagi sekali mata aku dengan mesin yang aku sampai sekarang tak taw apa nama dia. Optician tu kata posisi kanta sentuh tu ok dan tak bergerak2 bila aku gerakkan mata aku. Akhir sekali dia suruh aku pakai contact lens ni untuk lagi seminggu dan datang balik pada waktu yang sama minggu depan. Katanya, if mata aku ada masalah dengan trial contact lens ni, aku kena cuba material lain, which aku try nak elak sebab confirm la material lain tu mahal.

Akhirnya....
Masa appointment ketiga dan terakhir ni, dia check lagi mata aku and dia kata dia happy sebab semuanya ok. Tak ada masalah dengan mata, tak ada masalah dengan contact lens. So kat sini banyak bincang pasal harga. Total consultation + stok kanta sentuh setengah tahun berharga €163. Aku rasa contact lens aku lebih kurang €50 cmtu utk setengah tahun. Yup mahal, tapi aku puas hati sebab dia ajar macam2 pasal contact lens untuk beginner dengan newbie macam aku ni. Kalau tak, mungkin aku beli contact lens tak ikut power then buka youtube belajar cara nak pakai and buka contact lens. Tambah lagi ada 2 follow-up appointment ubtuk pastikan mata aku elok dan tak ada masalah lain. Katanya, untuk cecair rendam contact lens tu aku boleh beli kat dia if yang ada sekarang ni dah habis. Mesti mahal punya, so aku decide beli kat ebay - jenama yang sama dengan harga €3. Rupa2nya, jenama ni, memang akan include bekas contact lens dalam setiap kotak, so sekarang aku ad dua bekas contact lens yang sangat la biasa2 je. Tak lawa atau comel2 pun. Dan dekat appointment last ni juga la aku baru tahu power kanta sentuh aku ni berapa. Mata kanan -2.25 dan mata kiri -2.00. Aku ingat tinggi sangat la power aku ni, tak rupa-rupanya.

Jadi lepas ni everyday life aku ada extra work - jaga contact lens dengan teliti. Oh well!

A Bit of Happiness

There is nothing happier for me today than seeing the package arrived safely.
There is nothing happier than when I could make my best friend both happy and fatter with these. (lol)
There is nothing happier than knowing she danced and jumped upon receiving it.
Happy Birthday Iqa on last 29.October!
Enjoy the treat!

Web Analytics