Friday 17 October 2014

Macam Mana Nak Sebut Contact Lens Dalam Bahasa Melayu?

Minggu lepas specs aku patah. Ada la dalam seminggu juga aku pakai spec berselotep. Lebih memburukkan keadaan spec aku tu dah longgar. Memang dah sampai masa agaknya. Lama juga la aku dah pakai spec tu, adalah dalam 3 tahun. Parah jadi orang tak reti jaga barang ni. Banyak faktor penyebab spec tu ada tanda2 nak patah. Salah Satu penyebabnya adalah aku pakai spec kadang2 kat luar tudung and shawl/pashmina. Pastu kadang2 aku bantai tidur dengan spec melentok dalam bas dan train.



Nak jadi cerita, aku punya la sayang spec tu. Jadi Jumaat tu lepas habis kerja aku pergi la redah sediap kedai, nak tanya sama ada boleh repair ke tak. 2 kedai kata tak boleh repair, lagi 2 kedai kata boleh repair tapi ambil masa seminggu. Lagi tak boleh blah, untuk damage sekecil tu, aku kena bayar €47 untuk kos baiki spec. Dah give up camtu, aku tekad untuk tahan lagi seminggu then try tanya kedai favourite den kat Nürnberg tu. Gigih giler!. Tapi penantian aku tak berakhir dengan kekecewaan. Kedai tu baiki spec aku dalam masa 3 hari dengan bayaran €9 sahaja. Tapi dalam kegembiraan aku tengok spec tu dah baik balik, dia turut nasihatkan aku untuk buat spec baru sebab spec tu dah tak ketat dekat muka aku.

Lepas 3 hari fikir dalam2, aku buat keputusan nak cuba contact lens. Banyak faktor sebenarnya. Pertama, amik gambar pakai DSLR dengan memakai kaca mata adalah sangat tak feeling. Kedua, aku jenis yang suka pakai spec kat luar pashmina, so boleh agak la yang spec tu nanti akan longgar juga. Jujur aku ingat nak beli contact lens tu semudah tahu power spec kemudian beli dan pakai. Rupa-rupanya tak juga. Setiap kedai Optik yang aku tanya suruh aku buat appointment. Menyedari yang aku tak boleh nak elak appointment tu, aku pilih je la kedai optik secara rambang dan buat appointment untuk cuba contact lens.

Jadi, Jumaat lepas aku ke kedai optik tu untuk appointment contact lens. Diorang check power untuk both mata and spec aku. Malangnya tahap kerosakan mata aku dah makin teruk. Lepas selesai check power untuk contact lens tu, mata aku diperiksa lagi dengan dua mesin yang aku pun tak taw apa namanya. Yang aku ingat satu mesin tu untuk check 3D-View bagi permukaan biji mata aku. Katanya, permukaan mata aku rata dan aku tak ada apa2 masalah yang menghalang aku daripada mencuba contact lens. Lepas tu, dia ajar aku hands-on macam mana nak pakai dan buka contact lens, juga cara nak jaga dan bersihkan contact lens tu. Bagus gila service! Akhir sekali, dia bagi aku sepasang contact lens yang aku cuba masa latihan tadi dan sebotol cecair untuk aku berlatih pakai contact lens selama seminggu. Aku tanya dia, “kena bayar ke?” dia kata “Belum lagi. Nanti datang lagi sekali dengan contact lens di mata untuk pemeriksaan selanjutnya. Untuk tentukan contact lens jenis apa yang awak kena pakai”

So sekarang ni dah genap seminggu aku dengan contact lens latihan ni. Payah bebenar nak masukkan contact lens, lagi payah nak keluarkan. Habis merah mata aku. Hari pertama aku pakai selama 2 jam, then hari seterusnya selama 4 jam, kemudian, 6 jam dan akhirnya hingga sepanjang hari aku kat luar rumah. Aku tak dapat nafikan memang seminggu ni aku conscious gila dengan mata aku. Tak pernah aku kelip mata sebanyak ni. Pastu aku dok sentuh2 mata aku. Kadang2 tu aku rasa macam contact lens ni nak tercabut padahal tak ada pun.Hahaha. Dan paling tak best adalah bila mata aku kering sebab duduk depan PC. Tak selesa sangat! Memang kena beli eye mosturizer untuk pemakai contact lens la jawabnya. Dan dengan semangatnya aku beli semacam getah untuk memudahkan proses nak keluarkan contact lens tu.


So, InsyaAllah aku akan cerita pasal appointment aku yang seterusnya nanti.

6 comments:

  1. lama tak update blog ye..hehe..

    nampak cam leceh je pakai contact lens. paling penting kena jaga kebersihan.tapi, lama-lama nanti biasalah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk intern, penat sgt.. tu yg xupdate lama tu.
      mmg leceh pun. tp tu la harga yg nk kena bayar bila nak hidup spectacles-free

      Delete
  2. susah tak pakainye? aku pernah try dalam beberapa minit je lepas tu give up. tu zaman asasi dulu la jadi bahan ujikaji bebudak degree optometri hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 payah la. Sian nak give up pun ad sebab pakai spec kejap je dh setel, tapi sebab ak dh pergi jumpa optician kat kedai spec sume, gagahkan diri juga bagi biasa. Ada la dalam setengah jam nak pakai dua2 belah. Nak buka dua2 pjn amik masa setengah jam. Sekarang nak masuk sebulan pakai dh senang. 10 min dh setel untuk pakai dua2 belah mata. Nak buka pun cmtu.

      Delete

Web Analytics