About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Saturday, 4 January 2014

Sayur Kobis Goreng ala Mamak

Aku selalu ada masalah memikirkan lauk sayur apa yang boleh aku buat. Sayur goreng yang aku selalu masak adalah tersangat biasa dan membosankan. Masalah lauk sayur ni akan jadi sangat leceh bila memikirkan sayur apa yang sesuai dimakan dengan lauk apa.

Dan last time aku masak kari ayam. Semestinya soalan yang sama muncul : "Sayur apa yang sesuai makan dengan kari?". Memandangkan kari adalah masakan yang sinonim dengan orang india/mamak, aku dapat simpulkan yang sayur kobis yang dihidang kat kedai mamak adalah sesuai untuk dimakan bersama lauk kari (oh, skema!)



Bahan :
Kobis (obviously!)
Lobak merah
Bawang putih
Bawang besar
Cili padi
Serbuk kunyit (effect warna kuning yang kunyit je boleh bagi)
Optional : sayur lain dan ikan bilis

Cara2 :
1. Panaskan minyak
2. Masukkan dan gaul rata serbuk kunyit dalam minyak. Tak perlu tunggu minyak panas. Agak2 la kuantiti serbuk kunyit tu. Jangan banyak sangat sebab serbuk kunyit ni hanya untuk wujudkan appearance warna kuning kat sayur.
3. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi yang dihiris sampai naik bau.
4. Masukkan semua kobis dan lobak merah serta segala bahan optional. Gaul rata biar sayur berwarna kuning.
5. Masak sampai semua sayur lembut (Tutup kuali lagi bagus) dan perasakan dengan garam.
6. Makan (or ambil gambar masuk social media dengan segala hashtag yang layak)



Last time aku masak lauk ni, tetamu yang menyinggah rumah aku siap tambah 4x (lelaki makan banyak) dan siap minta resepi. Malah diorang request aku masak lagi lauk ni untuk dinner esok harinya. Dan memandangkan tangan aku hari tu penuh nak masak benda lain, aku suruh diorang masak sambil aku tengok. Kira aku ajar la. Ayat mamat sorang ni memang buat aku happy sebab aku selalunya tak confident dengan masakan aku.
"Pastikan masak biar sama macam semalam"





0^◇^0)/ oh, stop it you!
kembang setaman
URL resepi ni kelakar sebab aku tersalah tajuk masa first time publish resepi ni
Web Analytics