About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Wednesday, 28 August 2013

Kepoh : Kenapa Aku Benci dengan Musim Pilihanraya

Nota Kepala : Ni pendapat aku. If korang tak suka, dipersilakan. Tapi jangan nak force pendapat korang kat aku. If suka, terima kasih. Aku rasa post ni kalau tulis in English tak feeling.

Sebab 1 : Sampah
Sampah memang merata2 kat Malaysia tu walau tak ada pilihanraya. Tapi bila musim pilihanraya ni, dia jadi extra. Macam2 bentuk sampah ada : Flyer, bendera, kain rentang dll. Malah sampah yang tak boleh nak lupus (Macai parti¹) pun timbul secara tetibe. Memang benda ni tak boleh nak elak sebab tanpa bahan2 cenggini acane orang nak berkempen meraih undi? Harap tuan punya bahan kempen tu bersihkan elok2 ye after pilihanraya.
Kalau parti terbabit berkebolehan dan dipercayai, tak ada bahan kempen pun orang sokong gak... Eh?! ^O^

Sebab 2 : Dosa
Bukan politik tu yang berdosa, tapi sikap2 orang yang berpolitik tu. Tahniah yang berpolitik secara bersih dan berakhlak musim pilihanraya ni. Aku kasi tabik spring satu. Yang dosa tu berpolitik cara kotor. Menipu, rasuah, fitnah, buka aib orang dll memang berganda2 bila musim pilihanraya.
Memang tak boleh ek nak bertanding dan bersaing secara sihat?

Sebab 3 : Gaduh
Disebabkan aku kat German, gaduh fizikal aku tak sure la ada ke tak. Tapi gaduh komen kat Facebook dengan Twitter banyak. Yang dulu baik jadi musuh, yang tak pernah kenal pun boleh bergaduh! Haish. Masing2 ada pendapat masing2. Kita kena la hormat dengan pendirian orang lain, bukan paksa dia supaya sependapat ngan kita. Bila A wat status blabla, si B komen dok force idea dia kat A. Kalau sume orang sependapat, bosan la dunia ni. Contohnya : kalau sume suka dan perlu suka aiskrim coklat, maka aiskrim perisa lain takkan wujud. Kepelbagaian tu yang buatkan hidup kita unik dan seronok. Camtu la.

Sebab 4 : Full blast of Retardness
Kalau nak cerita bab Retardness ni, 5 posts pun tak cukup rasanya.Tapi cukup la nak simpulkan secara ringkas je kat sini. Tetibe je sume orang menunjukkan kebodohan masing2. Contoh : Si A mengamuk coz pembangkang nak hapuskan PTPTN, so susah la orang yang berpendapatan rendah nak belajar. Tak pelik ke? Diorang nak hapuskan PTPTN dan buat pendidikan percuma kot. Dah ada pendidikan percuma pun perlu PTPTN ke? Buat orang yang ternampak Status dan tweet sebegini, ignore je diorang. tak perlu nak komen maki diorang dan meletakkan diri korang se-level dengan diorang tu.
"YOU SHOULD NEVER GO FULLY RETARDED!"

Sebab 5 : Mengungkit
Part ni aku paling tak suka. Selalu yang mengungkit ni, orang yang nak kalah je buat. "Saya dah bagi tuan2 blabla, tuan2 kena la undi saya" Ewah, tu tanggungjawab awak sebagai orang yang dipilih. Malah perlaksanaan blabla tu guna duit kerajaan/cukai daripada rakyat. Bukan duit poket awak. Haish.

Sebab 6 : "Ko tak reti bersyukur ke?"
ayat ni selalu ditujukan buat mereka2 yang menyebelahi pembangkang. aku ada terfikir gak pasal ni, tapi komen Cikgu Azmi kat status Munzir yang panjang berjela tu buat aku sedar. Semua yang kita dapat contohnya IPTA dan BR1M tu sebenarnya tanggungjawab kerajaan dan kita as rakyat berhak dapat semua tu terutama hal pendidikan. Takkan la disebabkan kebaikan berbakul2, kesalahan sesuatu pihak tu perlu dihiraukan. Itu pada aku adalah bersyukur dan bodoh. Contohnya : Ibu bapa A jaga si A dan adik-beradik dari kecil. bagi makan, pakaian semua. Pastu Ibu bapa A ni bunuh² adik A yang tak nak dengar cakap diorang. takkan la A nak terima je pembunuhan tu dan terus hidup macam tak ada apa2 yang berlaku?? Fikirkan...

Sebagai manusia yang datang belajar kat German atas tiket biasiswa macam aku ni, orang selalu kata "Oh, ko mesti la kena undi BN sebab ko kan student MARA." Dan selalunya aku akan balas dengan soalan balik. "Oh, duit MARA ni duit dari Parti BN ke? Bukan duit rakyat ke?" Disebabkan aku dapat biasiswa ni, aku bound to balas budi rakyat dan negara bukannya parti politik.

Aku juga rasa orang yang dah matang berhak berbicara tentang apa saja yang dia percaya dengan pendirian politik dia selagi dia tak melanggar undang2 Islam. Matang fikiran taw, bukan matang tubuh badan. "Ko muda lagi nak bincang pasal politik." Oh, kalau orang cakap pasal couple or awek, ayat "Ko muda lagi nak bincang pasal couple/awek." tak terkeluar plak. Pemuda Pemudi melambangkan masa depan sesebuah negara tau. Kalau rosak pemuda pemudi, ccamtu jugak la nanti negaranya.

Sungguh aku kecewa sebab walaupun umur aku dah 21 tahun ni, aku tak berkesempatan untuk mengundi. Aku akan pastikan yang aku takkan terlepas untuk mengundi walau kat mana pun aku berada kat muka bumi ni. Aku nak berjuang atas apa yang aku percaya bawa kebaikan kat Malaysia, aku dan anak cucu aku nanti. Aku tak nak jadi orang yang merungut harga minyak naik tapi tak pernah nak mengundi sebab leceh.
Musim berpolitik ni, jangan sampai lupa apa yang datang dari Allah dan apa yand datang dari Manusia. Istilah "tolak UMNO, tolak rezeki" tu bodoh. Rezeki dari Allah bukannya manusia. Jangan lupa tu!!!
ok. tu je. Peace out! 웃

Pendapat aku ni mungkin tak indah kat mata korang. Tapi aku tak kisah. Aku dah luahkan apa yang aku rasa. Aku tak mampu nak bagi pandangan indah dan hebat macam Matlutfi90 atau Fynn Jamal, sebab aku ialah aku.




1. istilah ni berterabur kat Facebook dan Twitter.
2. tulis contoh ni sambil dengar lagu Trick and Treat oleh Kagamine Len wat aku rasa macam jahat sangat.



*Nah kentang untuk post yang panjang ni. o00o0o0*

Sunday, 4 August 2013

Malaysia, I'm home!

Warning : Long and boring post without pictures as I wrote this with my smartphone.
6:35 pm, 29th July 2013. I officially landed at KLIA after flying with Egyptair since 3.10 pm, 28th July 2013. As the plane approched KLIA, my friends and I somehow felt quite scared and nervous. We left Malaysia for 1 year 4 months to study in Germany. So, we thought the Changes in our country was scary. Perhaps the right word for us will be unprepared. 

Everything was smooth after we landed and collected our baggage. Somehow it is early than scheduled. Even my parent had to change their plan. They thought I be late same as their experience with my sister's arrival from Jordan. So they told me that they went for Maghrib first before KLIA. But since I was early, so the pick me up first

Malaysia succeed in getting all of my attention. People around me speak my Malay. Mosques are everywhere. Signboard that I can understand. Even the toilet with waterhose catch my attention! I hate europe for not having waterhose in toilet for a dry toilet. I must say that a dry toilet is clean but to think that I can't clean properly is disappointing. So everytime I go to the toilet, I always bring a bottle of water. The downside of the toilet is no toilet paper inside the cubicles.

Another things that catch my attention is the Price. The price sure change a lot during the past one year. Since I already get used to the price listing in Germany, I think that the thing in Malaysia are quite expensive. The crazy thing is, I find €3 is cheaper than RM12 although the value is almost the same after I change Euro to Ringgit Malaysia. For example : the price of medium size Frappucino. The price of milk in Germany is cheaper. In Germany, a 1L low fat milk cost €0,60 which means around RM1+. But when I went to Giant yesterday, the cheapest one I could find is RM4.80. I ended up not buying anything

And after spending almost 1 month in Malaysia. I still thinks all item are expensive
Web Analytics