About Me

My photo

Trying to get my voice out!

Thursday, 9 February 2017

Vietnam Part 3 - Sungai Mekong



Dari Terowong Cu Chi di utara kami bergerak ke selatan menuju ke Sungai Mekong. Pakej sungai Mekong terdiri dari pelbagai aktiviti seperti :


  1. Bee farm & products
  2. Perusahaan kecil penduduk seperti jualan gula-gula kelapa dan buah-buahan
  3. Menaiki sampan tradisional.

"Royal Jelly ni apa, Nad?"

First stop merupakan Bee farm. Disini kami diterangkan tentang kebaikan madu lebah serta produk2 yang dihasilkan dari madu dan royal jelly. Kami turut dihidangkan air madu & limau yang baik untuk melawan batuk dan sakit tekak. Aku tak la terkejut sangat sebab petua ni, boleh kata semua orang Malaysia dah tahu dan amalkan.


Kemudian kami ke kilang perusahaan gula-gula kelapa. Gula-gula yang dihasilkan adalah berbentuk toffee and ada pelbagai warna dan perisa. Iqa yang mula2 berniat nak beli sedikit sebagai buah tangan terus membatalkan niatnya sebab dia nampak ada orang korek hidung. Aku naik geli terbayangkan sambil menulis ni.


Tanpa membuang masa, kami dibawa ke pasar buah yang menjual buah-buahan tempatan. Kami dihidangkan dengan buah-buahan sambil mendengar nyanyian dari mak cik- mak cik yang menyanyi lagu dalam bahasa melayu. They expect us to give them tips for the performance. Kami juga diberi peluang untuk membeli buah-buahan yang diingini. Aku ingat lagi iqa cakap apa waktu ni - "Buah yang dia bagi rasa not in good condition, macam mana orang nak expect buah yang dijual akan elok."


Sampan yang penuh dengan pelancong

Sepanjang jalan ke jeti untuk menaiki sampan, ada banyak kedai yang menjual buah tangan dan buah-buahan. Kebanyakan barang kat situ lebih mahal dari di Ho Chin Minh. Semasa menaiki sampan, setiap orang diberi topi. Dari sini, kami akan menaiki sampan menuju ke bot besar yang akan membawa kami pulang ke tanah besar. Sampan tersebut dikemudi oleh dua warga tempatan. Sama seperti di kedai buah, kami diminta untuk memberi tips kepada mereka. Dalam perjalanan pulang ke tanah besar, air kelapa disediakan untuk setiap penumpang.


Aku agak terkejut berkenaan pemberian tips ni sebab pakej yang dibayar dah termasuk untuk semua aktiviti yang kami buat. Bila aku hulur tips ni buat aku tertanya-tanya sama ada diorang ni tak dapat bayaran sepatutnya ke dari pihak yang urus pakej delta Mekong ni.


Kepada yang nak tengok macam mana tour kami di Sungai Mekong boleh la klik dua video kat bawah ni:







I'm graduating!

7th February 2017 - Examination day
8th February 2017 - The result is published online.

Good Job, Nad!

Setelah pelbagai turun naik, bukit gunung akhirnya dapat juga aku habiskan pengajian kat Jerman ni.
Master? Tak la, saya lambat. Baru nak graduate Bachelor.

Aku gembira and syukur sangat dapat grad ni. dan Alhamdulillah juga, ramai rakan se-batch yang grad semester ni.

Tahniah and Semoga berjaya untuk semua!

It is impossible to live without failing at something, unless you live so cautiously that you might as well not have lived at all - in which case, you fail by default.

Wednesday, 23 November 2016

Kawan dari Jerman

Mercedes merupakan kawan Jerman yang sama course dengan aku. Masa aku decide nak ambil Biochemistry, aku agak lost sebab member nak berbincang iaitu Afiqah dah ambil cource technical chemistry. Sebagai satu-satunya Ausländer (Foreigner) antara 10 orang yang ada dalam course tu, aku berserah je jadi orang terakhir dipilih untuk lab group. Masa bincang-bincang group mana aku patut masuk, Mercedes & Alex ajak aku join satu group sama-sama. Disebabkan Mercedes ni sangat suka travel ke Asia Tenggara, so aku banyak la berborak dengan dia. Dia dah berkali-kali ke Vietnam.

Sekian pengenalan tentang Mercedes.

 

Seminggu lalu, aku tiba-tiba dapat mesej di Facebook yang Mercedes akan sampai ke KL 18th Nov.  Memandangkan aku pun ada di KL, ak volunteered nak bawa dia jalan2 sekitar KL. Aku plan detail gila route nak bawa dia berjalan. Dah habis plan baru aku tahu yang sabtu tu ada perhimpunan Bersih 5 kat KL. Mama tak bagi keluar sebenarnya, tapi lepas explain kat Mama pasal Mercedes, mama izinkan juga - sebab kesian datang KL time musim hujan petang pastu ada Bersih 5 pula. Dalam list tempat2 yang aku plan nak pergi, ad 4 tempat je yang berada di luar kawasan perhimpunan Bersih 5.

Sabtu 19th Nov tu aku keluar awal ke stesen komuter Sungai Buloh. Pukul 8 pagi, stesen tu dah penuh dengan penyokong Bersih. Aku sampai ke Natalie Guesthouse tempat Mercedes menginap dalam pukul 10 pagi. Setengah jam pertama kitorang berborak, catch up pasal travel and study. 

Tempat pertama kitorang pergi adalah Petaling Street, Chinatown. Tempat yang sepatutnya penuh dengan kiri kanan orang meniaga jadi kosong sebab banyak kedai tutup. 

Petaling St. yang sunyi kerana perhimpunan Bersih 5
Lepas tu kitorang berjalan kaki ke Central Market. Sambil borak dan jalan kaki, tetiba kitorang dah sampai ke Stesen LRT Masjid Jamek yang mana situ penuh dengan penyokong Bersih. Niat aku nak bawa dia masuk Masjid Jamek terbantut. 

 

 

Memperkenalkan Hazelnut Coffee (Old Town White Coffee)

Then kitorang habiskan masa dari waktu zohor ke petang di Suria KLCC lepak2 borak2 sekitar taman KLCC & tengok movie Fantastic Beast and Where to Find Them. Malam pukul 8, aku hantar Mercedes balik ke hostel.

Memandangkan Mercedes ni vegetarian, aku tak de la rasa obligated untuk bawa dia cuba masakan cina. Makan kat kedai nasi campur pun dah penuh pinggan dengan lauk sayur & sambal belacan. Salute sangat sebab susah nak jumpa Deutscher yang suka makan pedas.

Sepanjang hari tu aku borak dengan Mercedes dalam bahasa Jerman. Apa yang aku perasan ramai yang amazed dengar perbualan aku dengan Mercedes tapi diorang hanya mention pada Mercedes je. Mula2 masa di Natalie Guesthouse, owner hostel tu yang jaga reception beritahu Mercedes yang dia terkejut aku reti cakap Jerman. Kedua masa dekat luar toilet TGV KLCC - Mercedes beritahu yang ada beberapa orang lelaki tanya dia mana dia kenal melayu yang tahu cakap Jerman. Aside from that, ramai la yang pandang lagi2 masa kitorang berborak dalam LRT or masa lunch.

Minggu ni Mercedes ke Borneo pula. Aku harap dia enjoy dengan suasana kat sana :-)

Tuesday, 22 November 2016

Vietnam Part 2 - Egg Shell Art and Cu Chi Tunnel

Hari kedua dan terakhir kami di Ho Chi Minh, kami decide untuk ambil private tour yang mana kami akan melawat Cu Chi Tunnel dan ke Sungai Mekong dalam hari yang sama.

Destinasi pertama kami adalah ke Cu Chi Tunnel. Tapi sebelum itu, dalam perjalanan kami dibawa melawat pusat seni oleh orang2 kurang upaya yang berasaskan kulit telur. 

egg shell lacquer art vietnam ho chin minh saigon
Pekerja kraftangan dan hasil kerja mereka

Lawatan ke pusat seni ini hanya memakan masa lebih kurang 10-15 minit. Kami diterangkan satu persatu langkah2 dalam menghasilkan sebuah produk. Di akhir lawatan, kami dibawa ke kedai yang menjual hasil kraftangan para pekerja. Bagi yang berminat untuk membeli, penghantaran disediakan untuk barang yang besar.



Perjalanan diteruskan ke Cu Chi Tunnel. Kami diterangkan tentang sejarah zaman perang antara Vietnam dan USA serta cara hidup tentera Vietnam sekitar terowong. Aktiviti menembak turut disediakan untuk mereka yang berminat. 

cu chi tunnel terowong activity aktivity vietnam
Aktiviti sepanjang di Cu Chi Tunnel

Sepanjang di Cu Chi, kami diberi peluang merasai pengalaman bergerak di dalam terowong dan cuba menyorok di lubang kecil. Di akhir lawatan, kami dihidangkan dengan ubi kayu rebus yang dimakan bersama gula perang bercampur kelapa. Misteri bagaimana kulit popia vietnam mempunyai corak kotak2 juga terjawab apa bila kami menyaksikan bagaimana seorang wanita tempatan memasak kulit popia vietnam.




Selesai lawatan ke Cu Chi Tunnel, kami teruskan perjalanan ke destinasi kedua kami - Sungai Mekong


Thursday, 25 February 2016

Travel2Eat : Kale Terrasse Göreme Review

After a full day of Green Tour Cappadocia, we just want to sit down and eat in a cozy warm restaurant. At first we just glance over their displayed menu outside but their waiter(?) greeted us outside and answered a few of our questions. Without giving too much thought, we decided to dine in their restaurant (mostly because it was freezing cold outside).

(Halal)
Kale Terrasse Restaurant
Address: Roma Kalesi Yanı
Müze Cad.
Postal code: 50180
GÖREME / NEVŞEHİR
Phone: (384)271 28 08
http://www.kaleterrasserestaurant.com/

Our Choice : I forgot what we had ordered.

Kale Terrasse Göreme turkish coffee
Turkish coffee


Kale Terrasse Göreme rice salad
complimentary rice for main dish

Kale Terrasse Göreme pizza
Pizza
My Review

  • I love the Turkish coffee. the taste is well balanced. 
  • The topping for the pizza was normal (corn, sausages, tomato etc). The cheese and the bread was delicious. That's what I like the most from the pizza
  • Great service. They had to change our table 2 times (I'm annoyed at first) but to make up for it, the gave us a free plate of rice.
  • They have a huge fireplace and we sit exactly next to it. Really recommended this restaurant during a cold winter.


Final Rating = 9/10

Monday, 22 February 2016

Vietnam Part 1 - Bến Thành Night Market

Perjalanan kami dari Phnom Penh ke Ho Chi Minh City tersasar dari yang dijadualkan. Diikutkan kami sepatutnya tiba di Ho Chi Minh sekitar pukul 2 petang. Disebabkan kelewatan procedure di sempadan Cambodia-Vietnam, masa sekurang-kurangya 3 jam dibazirkan begitu sahaja. Sebab utama? Rasuah. Kalau ada yang hulur extra duit dekat pegawai imigresen tu, cepat la dia proses passport. Aku nampak dengan dua mata aku sendiri. Ramai yang seluk poket, selit duit dekat passport sebelum hulur dekat pegawai imigresen. Aku serius bengang gila. Malah dekat bahagian scan bagasi tu pun pegawai dia main handset je. Aku pun apa lagi, tak masukkan beg pun dalam mesin scanner tu. terus je blah dari situ.

Kami tiba di Ho Chi Minh City pada pukul 5 petang. Tak boleh nak buat apa sangat dalam keadaan tengah lapar, penat dan moody. Lepas check-in semua, kami menuju ke Ben Thanh Market. Disebabkan tersalah lalu jalan belakang, perjalanan jalan kaki 15 minit jadi 30 minit. Nasib baik jumpa juga. Ada satu jalan berdekatan Ben Thanh Market yang penuh dengan restoren2 halal.

mee sarang burung warung 1 malaysia ho chin minh city saigon vietnam halal
Mee Sarang Burung di Warung 1Malaysia

ben thanh night market ho chi minh city hcm saigon vietnam ben thanh pasar malam


Lepas kenyang, kami cuci mata dan membeli-belah di Ben Thanh Night Market. Pasar malam dia tak besar pun. Tapi nak habis berjalan tu punya la lama. Kita tak tawar menawar pun dia dah tarik masuk kedai. Ada sekali tu, kitorang tak cakap apa2 pun, peniaga tu beria-ria turunkan harga. Aku tak ada niat nak shopping mana pun tapi mana2 yang murah kat vietnam aku beli bawa balik. Dapat la beli beg ciplak Deuter satu dengan harga RM25. Dah jadi harta adik aku la pulak beg tu.



Tips!
  • Ada sesetengah gerai yang nak berjual beli dengan Ringgit Malaysia. Harga dia dalam RM kadang2 jauh lagi murah dari harga dalam Vietnam Dong
  • Bandingkan harga dengan harga biasa di Malaysia kalau korang nak membeli belah dalam kuantiti yang sikit (bukan borong) kalau harga lebih kurang kat Malaysia, baik beli kat Malaysia. Buat penuh luggage je.
  • Gunakan perkhidmatan teksi Vinasun. Reliable dan menggunakan meter.
Web Analytics